Feeds:
Kiriman
Komen-komen

results spm

tahniah kepada anak-anak usrah hatijah yang telah mencapai keputusan cemerlang. semoga menjadi pendorong kepada kejayaan yang lebih besar pada peringkat seterusnya.

Balik Umrah

Alhamdulillah rombongan umrah Tn.Hj.Ahmad Zaki Abu Bakar telah selamat kembali ke tanah air. Skuad usrah hatijah belum sempat pi makan air zamzam lagi setakat berita ini ditulis. Jadi berita seterusnya insyaalah akan menyusul kemudian. Moga depa semua dapat umrah yang maqbul.

Sesi Mengenali Ahli Usrah

Ayahanda Tuan Haji Ismail ( No Ahli : UH1B )………minta ahli-ahli usrah yang mengenali beliau dapat meriwayatkan kisah beliau untuk tatapan dan ingatan anak cucu cicit kita. Terima kasih.Image

Program Pertukaran Pelajar

Akrimi Mathwa bt Hj.Mokhtar (Ahli No.UH38) akan bertolak ke Maroco,Maghribi pada esok pagi Selasa 20 Mac 2012 jam lebihkurang 830 pagi dari KLIA. Beliau bersama 5 orang pelajar UPM dipilih mewakili universiti untuk mengikuti program pertukaran pelajar di sana dan akan ditempatkan disalah sebuah universiti di Maroco selama lebihkurang sebulan. Semuga beliau mendapat banyak manfaat ketika berada disana. Alhamdulillah satu majlis bacaan yasin & doa selamat telah diadakan di surau kampong pondok merbuk pada jumaat malam sabtu lalu 16 Mac 2012.

Mengenali Ahli Usrah

Nama saya Amar. Umur saya baru 1 tahun. Saya tinggal di bandar perdana, sg petani dengan emak dan ayah saya. Saya belum ada kerja apa-apa. No ahli saya UH352. Selamat berkenalan dengan saya.

Selamat Pengantin Baru

Seluruh warga Usrah Hatijah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En.Mohd Nor Amin bin Mohd Sukeri (No Ahli UH121 ) dan pasangannya Lydia Abdul Hamid yang selamat melangsungkan perkahwinan & mangadakan walimatul urus pada hari sabtu 10 Mac 2012 bertempat di WNS Homestay Jalan Stadium Alor Setar. Kita semua mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan serta kekal sepanjang hayat kepada mereka berdua.

Ziarah & Umrah

Satu majlis doa selamat,bacaan yasin & tahlil telah selamat diadakan di rumah Tn.Hj.Ahmad Zaki Abu Bakar (Bendahari Usrah) pada hari jumaat 2 Mac 2012 jam 8 malam. Beliau berserta isteri dan anak, mak lang jah dan seorang lagi keluarga ( semua 5 orang) akan berangkat ke tanah suci makkah dan madinah untuk mengerjakan umrah. Beliau akan berangkat ke sana pada hari selasa 6 Mac 2012 dan dijangka berada disana selama 2 minggu. Kita doakan semuga beliau sekeluarga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna serta selamat pergi & kembali. Labbaikallahum labbaik !

Masuk Hospital

Mohd Irfan bin Mohd Nazly (No. Ahli UH331) telah dimasukkan ke hospital SAH Sg Petani pada 1 Mac 2012 Khamis kerana jatuh pengsan disekolah. Beliau bersekolah di SABK Pondok Fauzi Yan. Setelah di rujuk ke hospital Yan beliau terus dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut. Alhamdulillah keadaannya kini semakin stabil dan kembali nampak ceria sewaktu skuad usrah hatijah melawatnya pada jumaat 2/3/2012. Kita doakan mudah2an beliau cepat sembuh dan dapat meyambung kembali pelajarannya disekolah.

yasin & tahlil

Alhamdulillah satu majlis bacaan yasin & tahlil untuk allahyarham sdr Ali Abdullah telah di adakan di rumah Pn.Zaiton Zakaria pada 24 Februari 2012 hari Jumaat jam 3.50 petang. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Allahyarham meninggal di Florida, Cichago berumur 66 tahun. Urusan pengkebumian telah selamat diuruskan oleh pihak masjid disana.

Kepada Allah Kita Kembali

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli-ahli usrah hatijah bahawa suami kapada Pn.Naimah binti Zakaria yakni Tn.Ali bin Abdullah telah kembali kerahmatullah pada 18 Februari 2012 hari sabtu yang lalu. Kematian beliau dipercayai akibat serangan jantung.Kedua-dua pasangan ini menetap diluar negara dan tidak mempunyai anak. Insyaalah satu majlis tahlil akan diadakan oleh pihak usrah sedikit masa lagi.Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah swt – Al Fatihah