Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Jemputan ke Majlis Usrah Hatijah 2013 / 1434 H. Sila kelik pada link berikut untuk Kad Jemputan Usrah.

KAD JEMPUTAN USRAH HATIJAH 2013 

Renungan :Taqwa

Taqwa adalah sifat terpuji yang seharusnya ada pada setiap induvidu mukmin.Dalam al quran banyak terdapat ayat al quran menyentuh sifat taqwa. Untuk membicarakan sifat ini,akan dihuraikannya dalam ruang usrah ini sebagai wadah meneruskan kesenambungan ilmu dan dakwah kepada anak-anak usrah.

9.00 pg     – Pendaftaran

10.00 pg   – Mesyuarat Agung

– Game

11.30 pg    –  Nasyid

12.00 tgh  – Tazkirah oleh Ustaz Fadzil bin Awang (bekas Guru Maktab Mahmud, A/S)

– Jamuan

1.00 tgh   – Sesi bergambar

1.30 tgh   – Solat Zohor

– Tahlil

Muat turun kad jemputan di sini: Usrah Hatijah 1433H / 2012

Kembali Kerahmatullah

Berita sedih kepada semua warga Tok Jah – Pak Cak Hj Zakaria telah kembali kerahmatullah pada 10 Ogos 2012 baru ini sekitar jam sahur di rumah anak beliau Pn.Noraini di Batu Gajah Perak. Jenazahnya selamat dikebumikan disana pada 11 Ogos 2012. Sebelum itu skuad usrah Tok Jah pada 3 Ogos di ketuai Pengerusi dan Bendahari telah menziarahi beliau di Batu Gajah serta dapat menyampaikan sedikit sumbangan daripada usrah sapertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau – Al Fatihah

5. Cadangan Majlis Hariraya 1433:

Tempat  :   Rumah Ahmad Zaki/Balkis

Tarikh    :   Raya Ketiga Hari Selasa (3 Syawwal /21 Ogos 2012)

Masa      :   Mulai 9 pagi 

Aturcara  :  9 pg – pendaftaran,

10 pg – Mesyuarat/game,

12 tgh tahlil/solat/makan

Menu     :    Nasi kampung/Ayam & ikan goreng, gulai daging,

Ulam/Cabai, Sate ( 3000 cucuk),  Ketupat & rendang,

mee rebus

Perlantikan AJK :

Hadiah    :    Munib

Game      :    Munib

Pendaftaran :  Aniah/Iffah

Jemputan Luar  : Alauddin

Kebersihan : Hasmuni/Farih

Makanan/Khemah : Ahmad Zaki/Balkis

Buku Program : Amanina/Nadia

Dokumentasi : Muaz

 

6. Penerima Dana Kebajikan:

1

Farhana Fathi

10A SPM

2

Ahmad Zaki Abu Bakar

Master

3

Aniayah Alauddin

Ijazah

4

Allahyarham Ali

Kematian

5

Farih

Ahli baru

6

Mohd Nor Amin Mohd Shukri

Kahwin

7

Pak Cak Zakaria

Penyakit Kritikal/Kematian

8

Nadia Nadzir

Ko-Kurikulum

9

M.Afif Ahmad Zaki

Ko-Kurikulum

10

M Aufa Alauddin ( 2 kali x RM 20)

Ko-Kurikulum

11

M.Akif Ahmad Zaki

Ko-Kurikulum

12

Akram Mokhtar

Ahli Baru

Mesyuarat akan diadakan pada :

             Tarikh     :      16 Jun 2012

             Masa      :      10 pagi

             Tempat   :       Rumah Pn.Adibah bt Abu Bakar

                                   Jalan Sultanah.

 

Semua ahli usrah dijemput hadir.

 

 

Durah & Rusdi

Alhamdulillah ahli usrah kita Pn.Durah Hj.Mokhtar (UH32) & Tn.Rushdi Hj.Hasan (UH32A) bersama 3 orang anak mereka telah selamat pergi dan kembali dari menunaikan umrah ketika musim cuti sekolah baru-baru ini. Mereka bertolak ke tanah suci pada 25/5/2012 dan kembali ke tanah air pada 6/6/2012. Semuga mendapat umrah yang maqbul, insyaalah…

sujud syukur

Kenapa bumi bergoncang? Antara sebabnya adalah kerana janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janji. Quran menceritakan semua tanpa sedikit pun kekurangan. Hari ini dunia sebelah sini untuk sekelian kalinya di landa gempa yang kekuatannya boleh menghancurkan bumi dan segala isinya. Kesan gegaran gempa yang dirasai di sini pada jarak lebih 700 km dari pusat gegaran telah menimbulkan suasana kelam kabut dan panik. Penduduk di sepanjang pantai barat Malaysia di nasihatkan untuk menjauhi kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Itu ikhtiar kita. Tetapi cukupkah hanya sekadar menjauhi kawasan pantai kita dapat menghindarkan segala mala petaka dan segala kemungkinan yang kita sendiri tidak pasti. Satu amalan sunat yang dituntut untuk kita menyatakan terima kasih atas nikmat yang dlimpahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala atau sebab terhindarnya kita dari malapetaka adalah sujud shukur.  Allahuakbar. Begitulah Islam mengajar bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala atau terlepas daripada bala. Semoga kita dapat beramal.

Masuk KMC

Di maklumkan oleh Pak Cik Alauddin bahawa Pak Cak Zakaria ( UH1A) masuk KMC dan ditempat dibilik no 615. Sapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau.

Pertemuan di bumi madinah selepas kunjungan ke baqi’ antara Ahmad Zaki  dan Ahmad Afif bersama prof Kamil yang kini menetap di Madinah sebagai pensyarah Universiti Thoibah.Beliau sempat memberi tazkirah kepada kami 2 beranak (kamera tiada bersama ketika pertemuan)..semoga dapat disampaikan kepada semua saudara dan rakan-rakan taulan.Pertama berkaitan dengan falsafah kunjungan ke baitullah sebagai tetamu Allah . Kita umpama dilahirkan semula …oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian diri kita sebagaimana kesucian seorang bayi daripada dikotori oleh tipudaya dunia… Kedua berkaitan dengan puasa.Puasa sunat Isnin dan Khamis ,puasa Nabi Daud adalah puasa yang paling baik iaitu puasa selang sehari…di sini kita dapat merasai nikmat lapar dan nikmat kenyang..tidak  ada bezanya antara lapar dan kenyang.semua itu adalah nikmat Allah semata mata bagi orang yang mengerti.Gunakan kesempatan berada di bumi Madinah dan Mekah dengan sepenuhnya untuk memperhambakan diri kepadaNya.Antara lain prof juga mengingatkan  dimana dalam kehidupan kita banyak tertipu dengan kesibukan dunia sehingga kita lalai daripada mengingati Allah.Berusahalah untuk menjadi muslim yang terbaik.InsyaAllah.Semoga kita dapat mengambil sedikit peringatan .Wassalam……